Tuesday, May 08, 2012
uNi KL Royal College Medicine Perak
assalamualaikum
pembuka bicara
maniskan iman maniskan senyuman
di hari yg penuh dengan keberkatan dan keindahan
aku di sini hanya ingin meluahkan rasa
cuak?
happy?
sedih?
tension?
seriously semuanya complete dalam kepala otak aku
form 6 terang-terang aku tolak
bukan angkuh or malu nak pakai baju sekolah or what
tapi subjeknyer tuh
ibarat kutub utara & kutub selatan
bagi aku
aku bukan nak berlagak tapi
subjek tuh semua buat aku tension dan
aku tak minat nak teruskan
until aku dapat text suruh aku bukan laman unikl
untuk check maklumat aku
dan bila bukak
dia cakap sukacita dimaklumkan
blablabla
anda dapat mengikuti program D04-DIPLOMA PHYSIOTHERAPY
di UniKL Royal College Medicine Perak
yg terletak di Ipoh bersebelahan dengan Hospital besar Ipoh
sungguh aku tak sangka aku dapat
jurusan yg aku minat dan sungguh tak terduga
#surat tawaran
#surat pengesahan persetujuan
oke...bayaran RM250 telah aku uruskan
dan aku langsung tak melangkah masuk ke SMK Keladi utk taklimat f6
kejam ka aku ?
angkuh ka aku ?
bukan-bukan
jangan salah faham
aku tak hadirkan diri bukan sebab aku bangga sangat dapat masuk rcmp
tapi aku tension pagi tadi sebab baju sekolah lama aku
aku dah jadikan kain buruk dan kain sekolah aku dah hilang entah ke mana
*problem bila tak suka buat persediaan awal
huh
bila baca surat utk pelajar baru
kami dilarang untuk membawa kenderaan sendiri
oke
bila cakap kat umi..
umi dengan mudah,senang2 minta tolong coin ajarkan naik bas
ceehhhh..perli maut...
mentang2 la aku bab nak naik teksi bas tuh semua aku tak reti
e2 gak jadi point nak ngutuk kelemahan aku
*my mom dah bebel panjang
kalau belajar jauh jangan blaablaaablaablaaa
blaablaaablaaaa
panjang lebar sungguh yg di leterkan
but,kata-kata yg sama aku luahkan
"umi,kakak takut la kakak terlebih sosial katsana...kakak takut kakak lupa diri..
kakak takut kakak abaikan solat...macam mana nie umi??"
dengan mudah umi cakap
"kalau iman di dada kakak ada..InsyaAllah kakak tak lalai..."
(*abah bukak mulut...)
"selama nie kakak dok join kursus sana-sini..abah tengok ok jaa..asalkan prinsip kakak tuh kakak pegang elok-elok..jangan hanya lafazkan di bibir sahaja...tanamkan sama dijiwa.."
(*aiseehhhhh ayat abah macam pakar motivasi pun dah ada..)
tapi betul gak kata abah
selama nie kat mana sahaja aku pi aku ada misi dan visi
tapi kenapa bila p sekolah visi aku nak cepat2 habis sekolah
dan misi aku nak tidur puas2 ??
ceehhhh....aku kena berubah demi masa depan...
dengar kata kalau aku gagal first sem,
automatik tajaan aku kena tarik balik
so aku nak kena study smart
tak mau la study hard nanty botak pala aku
tapi pergggghhh
yuran pengajian kopak bank aku kowt derr
dah la nak kena apply akaun CIMB
nak kena bukak buku baru lagi
aiseehhh
dah nak hampir semua bank aku daftar dah nie
tapi haram lam bank duit tak banyak...
walaupun apa yg terjadi aku akan lakukan yg terbaik
aku kena berusaha demi future aku
sekarang dah tak ada sesapa leh tolong aku..
kecuali Allah SWT dan keberkatan doa parents aku
"usaha dan doa pasti akan ada luck"
tapi kalau
"tak usaha dan tak berdoa adalah pelaq"
(*member aku punya ungkapan..)
pejam mata dan cuba apa saja la Yaya oi
cayyyoookkkk
sokmo



